fbpx

Lelaki didakwa kemuka maklumat palsu kelahiran bayi guna kaedah ibu tumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Seremban.

SEREMBAN – Seorang bekas akauntan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan mengemukakan maklumat palsu sewaktu mendaftarkan kelahiran bayi yang dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang, tahun lalu.

Tertuduh, J Yudisthira, 51, membuat pengakuan bersalah berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli.

Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2,000 dan sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan boleh dipenjara enam bulan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu sewaktu mendaftarkan kelahiran bayi lelaki yang di lahirkan melalui kaedah ibu tumpang.

Tertuduh juga telah menyembunyikan maklumat ibu yang melahirkan bayi berkenaan dan melakukan kesalahan itu di bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Seeemban pada 3 Mac 2022.

Susulan itu tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1957 (Akta 299).

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Izzul Zakwan Zulkeflee, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Selvam Shanmugan.

Difahamkan, kesalahan tersebut dikesan JPN selepas meragui maklumat yang disediakan oleh tertuduh kerana kebiasaannya pihak hospital akan turut melampirkan gambar ibu dan anak.

Sebaliknya, gambar yang dilampirkan adalah gambar individu lain iaitu isteri tertuduh yang bukan merupakan warganegara Malaysia.

Hasil siasatan mendapati, bayi lelaki itu dilahirkan menggunakan kaedah ibu tumpang di mana ibu tumpang tersebut merupakan warga Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI