PETALING JAYA – Kereta-kereta rosak akibat ditenggelami banjir dan kemalangan yang menjadi rebutan penjual kenderaan terpakai untuk dijual semula kepada pengguna telah membawa ‘bala’ kepada sebahagian pembelinya. Mereka terpaksa menanggung kerugian besar apabila kereta terpakai yang digunakan tidak sampai beberapa bulan itu ‘meragam’ dengan pelbagai kerosakan sehingga pembeli terpaksa bergolok-bergadai untuk membaiki kenderaan tersebut. Seorang mangsa kereta terpakai, Syakirah Latif, 27, berkata, dia membeli kereta terpakai jenis Perodua Myvi kerana mahu menjimatkan kos dan urusan pembelian juga lebih cepat, namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya