PETALING JAYA – Pempengaruh, Iqbal Zulkefli memaklumkan terbuka hati untuk mengenali Inspektor Sheila dengan lebih dekat.
Iqbal melalui satu hantaran di Instagram Story berkata, dia percaya ada sifat lembut di sebalik ketegasan yang pegawai polis itu.
“Bak kata Inspektor Shila “tak kenal maka tak cinta. Netizen pun suka ya usik-usik.
“Bolehlah saya pun sunyi boleh dengar ceramah setiap hari. Saya rasa beliau tidak garang seperti kita tengok di media sosial. Kalau betul garang, saya boleh lembutkan Inspektor Sheila,” tulisnya.
Terdahulu, Inspektor Sheila atau nama sebenarnya S.K. Sheila Sharon melalui Facebooknya berkata, dia sedang mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.
Dalam hantaran tersebut, Sheila menetapkan beberapa syarat untuk golongan lelaki yang berminat menjadi teman hidupnya.
Malah dia mengalu-alukan secara terbuka sekiranya ada jejaka yang sudi untuk keluar temu janji dengannya bagi mencari keserasian.
Sebelum ini, Sheila mula dikenali ramai selepas videonya memarahi anggota polis berpangkat rendah tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE