fbpx

Hujan lebat di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca buruk dan hujan lebat di sembilan buah negeri, petang ini.

Menurut hantaran MetMalaysia di laman Facebook, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim serta Bandar Baharu di Kedah dan Pulau Pinang.

“Cuaca buruk bakal berlaku di Kerian dan Larut, Matang Dan Selama, di negeri Perak serta Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

“Selain itu, hujan lebat juga dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Maran di Pahang dan Hulu Terengganu di Terengganu,” katanya dalam hantaran sama.

Menurut MetMalaysia, kawasan Hulu Selangor dan Gombak, Selangor, Mersing, Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dijangka akan dilanda hujan dan ribut petir.

“Di Sabah, cuaca buruk diramal berlaku di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga 6 petang, hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI