fbpx

Hamad Kama Piah dilantik Pengerusi Mara Corp baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kanan) bersama Hamad Kama Piah.

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dilantik sebagai Pengerusi Mara Corporation (Mara Corp) yang baharu.

Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan tersebut dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mara Corp merupakan institusi di bawah Mara yang bertanggungjawab menguruskan anak-anak syarikat dalam sektor pelaburan dan pelbagai cabang perniagaan, salah satunya Pelaburan Mara Berhad.

“Dengan pengalaman luas Tan Sri Hamad Kama Piah dalam mengemudi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti PNB diharapkan dapat melonjakkan lagi prestasi pelaburan dan penjanaan perniagaan Mara Corporation.

“Ini sekaligus mampu meningkatkan dana Mara bagi memperkasakan agenda pembangunan sosioekonomi Melayu Bumiputera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf menegaskan Mara tidak akan berkompromi dalam aspek tadbir urus, tata kelola yang baik bagi memastikan tidak berlakunya pembaziran, ketirisan dan salah laku yang boleh menjejaskan integriti Mara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI