fbpx

Gaji Silva RM4.74 seminggu jika terima tawaran ke Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SILVA bakal menerima gaji lumayan sekiranya berminat berhijrah menyertai Liga Profesional Arab Saudi.

MANCHESTER – Pemain sayap lincah Manchester City, Bernardo Silva dilaporkan menerima tawaran gaji bernilai £800,000 (RM4.74 juta) seminggu untuk berhijrah menyertai Liga Profesional Arab Saudi.

Tawaran itu dipercayai daripada gergasi Arab Saudi yang merupakan juara empat kali saingan Liga Juara-Juara-Asia, Al-Hilal dalam usaha kembali merampas kejuaraan domestik musim depan.

Situasi itu tentunya menarik minat Silva, 28, walaupun masih mempunyai kontrak dua tahun bersama City dengan bayaran gaji hanya £150,000 (RM888,921 juta) seminggu.

Malah, Al-Hilal juga dikatakan sedia menawarkan £70 juta (RM414.83 juta) kepada City selain bayaran gaji tersebut yang dibiayai sepenuhnya oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) buat bekas bintang AS Monaco itu.

Difahamkan, juara trebel kendalian Pep Guardiola itu terdesak mahu mengekalkan khidmat tonggak Portugal itu yang ketika ini dikatakan menjadi buruan Paris Saint-Germain (PSG).

Juara Sepanyol, Barcelona juga sebelum ini berminat mengikat khidmat Silva tetapi terpaksa melupakan hajat itu disebabkan harga £60 juta (RM355.57 juta) yang diletakkan oleh The Citizens.

Selain Silva, seorang lagi pemain utama City iaitu Riyad Mahrez turut menjadi buruan beberapa kelab Arab Saudi seperti Al-Ahli yang semakin hampir untuk menandatangani bekas penyerang Liverpool, Roberto Firmino.

Jika bersetuju, mereka akan menyertai pemain-pemain elit Eropah yang memilih untuk berkelana ke Arab Saudi seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, N’Golo Kante, Ruben Neves dan Kalidou Koulibaly. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI