fbpx

Bekas Ahli Parlimen Kalabakan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghapur Salleh.

KOTA KINABALU – Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia tengah malam tadi.

Allahyarham yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dan bekas Ketua UMNO Kalabakan berkenaan meninggal pada pukul 12.07 tengah malam pada usia 80 tahun.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ketika dihubungi mengesahkan mengenai pemergian tokoh politik itu

Nizam berkata, maklumat mengenai pemergian Abdul Ghapur diterima daripada anak lelaki arwah, Salleh, menerusi aplikasi Whatsapp.

Nizam selepas itu turut mengesahkan menerima maklumat mengenai pemergian Abdul Ghapur menerusi Whatsapp daripada bekas Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Datuk Hamisah Samat.

Sementara itu, jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas kira-kira pukul 10 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI