fbpx

Wanita sindir jiran enggan pinjamkan wang tetapi korbankan lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut menggelar jirannya kedekut kerana enggan meminjamkan wang kepadanya sedangkan dia mampu mengorbankan seekor lembu. – Detik

JAKARTA  – Satu hantaran media sosial yang dimuat naik seorang wanita di Indonesia menjadi tular kerana menyindir jirannya yang enggan meminjamkan wang kepadanya sedangkan individu tersebut mampu melakukan ibadah korban.

Portal berita Wolipop melaporkan, wanita bernama Siti Habiba itu menyifatkan jirannya sebagai seorang yang kedekut kerana enggan meminjamkan wang kepadanya.

Menerusi hantaran  di Facebook, Siti Habiba menyindir jirannya yang melakukan korban lembu selepas mengelak memberikan pinjaman wang kepadanya.

“Sia-sia melakukan korban lembu jika dengan jiran sendiri bersikap kedekut. Mahu memberi pinjam wang pun berkira,” katanya.

Tambah wanita tersebut, jirannya sering mengelak setiap kali dia mahu meminjam wang daripadanya.

“Jangan sampai korbankan lembu, tetapi apabila orang mahu meminjam wang daripadanya, dia mengelak dan berbohong,” tulis wanita itu.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Apa masalahnya? Itu hak orang (jiran), sama ada mahu meminjamkan wang atau tidak,” kata seorang netizen.

“Buat apa beri pinjam (wang) jika culas membayar balik,” ujar netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI