fbpx

Tunggu permohonan rasmi JPJ untuk kesan Opai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan jenis McLaren dengan nombor plat QPA1 yang sebelum ini tular dipandu di jalan raya.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur masih menunggu permohonan rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur bagi mengesan suami kepada pelakon, Fatin Afeefa, Opai untuk membantu siasatan berhubung isu penggunaan nombor pendaftaran ‘QPA1’ yang bukan didaftarkan di atas kereta McLaren miliknya.

Ketua Polis, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, beliau ada dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang, secara lisan mengenai perkara itu, baru-baru ini namun, sedang menunggu permohonan rasmi sebelum tindakan susulan dibuat.

“Beliau (Erick) ada memaklumkan perkara itu kepada saya, namun setakat ini, belum ada permohonan rasmi dibuat.

“Apabila kita sudah menerima permohonan itu, pihak polis akan memanggil individu berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur sekitar ibu negara hari ini.

Semalam, JPJ memaklumkan akan meminta bantuan polis bagi mengesan Opai untuk membantu siasatan selepas lelaki terbabit masih belum hadir memberi keterangan dalam tempoh 14 hari ke pejabat JPJ meskipun notis panggilan temu siasat sudah diserahkan.

Erick memaklumkan, suami kepada pelakon tersebut masih berada di sekitar ibu negara dan dianggap seperti mencabar pihaknya kerana tidak menghadirkan diri seperti diarahkan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan usahawan muda tersebut yang tular menggunakan kenderaan jenis McLaren bukan nombor plat sebenar menjelaskan, nombor pendaftaran kenderaan itu dibuat sempena perkahwinannya dengan Fatin Afeefa.

Menerusi penjelasannya pada InstaStory, dia memberitahu tidak menggunakan nombor QPA1 itu sewaktu memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI