fbpx

Tragedi kepala air: Sembilan mayat mangsa sudah ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan mengangkat mayat satu mangsa tragedi kepala air yang ditemui di Sungai Teladas, Kuala Terengganu hari ini.

KEMAMAN – Tujuh lagi dipercayai mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di sini ditemui lemas setakat pukul 1 tengah hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, bilangan terbaharu itu menjadikan mangsa yang terkorban dalam tragedi bencana alam tersebut setakat ini seramai sembilan orang.

Menurut Mazli, setakat ini hanya tiga identiti mangsa dikenal pasti manakala bakinya enam lagi identiti mangsa belum disahkan.

“Mayat ketiga yang ditemui ialah Muhammad Haziq Ziqree Karim berusia enam tahun yang ditemui di kawasan sektor B pencarian iaitu berhampiran Kampung Teladas,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini hari ini.

Anggota penyelamat mengusung mayat kelima yang dijumpai di Sungai Teladas selepas dihanyutkan dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemamam hari ini. – FOTO PUQTRA HAIRRY

Mazli berkata, kesemua mangsa ditemui pada pukul 11 pagi sehingga 1 tengah hari di sekitar lokasi kejadian sejauh 20 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa ditemui terapung dan ada juga yang tersangkut pada kayu serta tebing sungai,” katanya.

Anggota penyelamat mengusung mayat salah seorang mangsa yang dijumpai di Sungai Teladas selepas dihanyutkan dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman. – FOTO PUQTRA HAIRRY

Mazli memberitahu usaha membawa keluar mayat dari lokasi ke Pusat Kawalan operasi sedang giat dilakukan.

Semalam, mayat dua mangsa iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, ditemui pada pukul 12.45 tengah hari dan 5 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI