fbpx

Trafik masih perlahan di Karak menuju KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Aliran trafik dari arah Pantai Timur ke menuju ke Plaza Tol Gombak dilaporkan perlahan berikutan masih terdapat sebahagian orang ramai yang pulang selepas cuti sempena Hari Raya Aidiladha.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebook petang ini memaklumkan, keadaan tersebut berlaku sebelum keluar Plaza tol Gombak ke pusat bandar menghala ke Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2).

“Di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) @ E8, trafik perlahan sebelum keluar Plaza Tol Gombak ke pusat bandar,” katanya.

Menerusi perkongsian orang awam, Jue Iyyen di TikTok, dia terpaksa menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan tersebut.

Katanya, dia berdepan dengan kesesakan bermula Terowong Genting Sempah ke Gombak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI