fbpx

Syeikh Faisol ulas video tular sembelih lembu mati terjerut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syeikh Faisol memberikan pandangan status penyembelihan tersebut.

PETALING JAYA – Beberapa hari lalu tular sekumpulan lelaki menyembelih lembu yang sudah mati kerana dipercayai terjerut tali untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Cakna dengan hal tersebut, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Datuk Syeikh Faisol Omar tampil memberikan pandangan mengenai status sembelihan tersebut.

“Binatang yang hendak disembelih kita perlu pastikan dia hidup dan hidup itu ada dua kategori. Yang pertama hayah mustaqirah iaitu binatang itu ada kehidupan yang tetap dan mati kerana disembelih bukan sebab lain.

“Tanda-tandanya ialah dia akan menggelupur, ataupun keluar darah memancut, ataupun dia mengeluarkan suara yang kuat. Maka sahlah sembelihan itu. Tidak semestinya semua tanda ada.

“Satu lagi hayah mazbuhah iaitu binatang yang hakikatnya dia menanti saat nak mati dan jika disembelih tidak sah. Jika dimakan dia jadi bangkai,” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, video sembelihan yang tular itu sebenarnya tidak sah kerana lembu tersebut sudah mati.

“Hakikatnya, saya tengok video itu binatang tersebut sudah mati. Kalau dia tak mati pun kategori hayah mazbuhah. Maka sembelihan tersebut tidak sah.

Tambahnya, dia menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam mengendalikan proses sembelihan.

“Maka saya peringatkanlah kepada orang-orang yang nak buat korban, orang yang terlibat dengan penyembelihan itu semasa nak merebahkan binatang, kita nak ikat binatang, pastikan dia jangan tercekik teruk sehingga mati.

“Kesian kepada orang yang buat korban tu, dia rugi banyak. Tak jadi korban sebab sembelihan itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI