fbpx

Suami tikam paha isteri jual gado-gado terlalu murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sudarmanto menikam paha isterinya dengan sebilah pisau. - tvonenews.com

JAKARTA – Seorang lelaki di Palembang, Indonesia ditahan selepas menikam paha isterinya kerana menjual gado-gado pada harga yang terlalu murah, lapor laman berita Suara.com semalam.

Sudarmanto, 36, nekad menikam paha kanan isterinya menggunakan pisau kerana menjual hidangan gado-gado berharga 5,000 rupiah (RM1.55) di kawasan kejiranannya.

Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA), Cici Maretri Sianipar berkata, suspek ditahan selepas aduan polis dibuat  pada 9 jun lalu.

“Kami menahan suspek selepas menerima aduan mangsa. Supek marah kerana mangsa menjual gado-gado pada harga 5,000 rupiah (RM1.55) bukan 10,000 rupiah (RM3.10) seperti diminta,” kata Cici Jumaat lalu.

Kejadian bermula selepas mangsa yang baru pulang dari menghantar barang dagangan ke rumah sebelah dimarah suspek.

Mangsa segera masuk ke dapur untuk mencuci pinggan. Suspek kemudian menendang baldi berdekatan isterinya dan memukul kepala mangsa.

Bukan itu sahaja, suspek turut mengambil sebilah pisau dan mengacukan ke perut mangsa.

Akibat berasa tidak puas hati, suspek mengejar mangsa yang lari keluar dari rumah dan segera menikam paha mangsa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI