fbpx

Program Halal School Attack tingkatkan pengetahuan industri halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penganjur serta peserta program Halal School Attack: Kempen Halal Di Hati bergambar bersama selepas program tamat di Maahad Tahfiz Integrasi Selangor, Alam Impian baru-baru ini.

PETALING JAYA – Jabatan Hal Ehwal Halal, Baba Products (M) Sdn. Bhd. terlibat secara langsung menerusi program Halal School Attack: Kempen Halal Di Hati di Maahad Tahfiz Integrasi Selangor, Alam Impian sekali gus memberi pengetahuan mengenai industri halal.

Baba Products (M) Sdn. Bhd. dalam kenyataannya memaklumkan, program yang berlangsung 23 Jun lalu itu dianjurkan oleh persatuan pelajar dari Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) iaitu Halal Industry Management Society (HIMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bersama-sama tajaan pihak Baba’s.

Katanya, pihak Baba terlibat sama dari awal program berlangsung dengan perasmiannya disempurnakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof. Madya Dr. Azri Bhari.

“Terdapat beberapa slot aktiviti termasuklah Forum Intelektual, Cakna Makanan: Apakah Peranan Kita? yang turut disertai Pengurus Jabatan Hal Ehwal Halal Baba, Norshalina sebagai salah seorang ahli panel bagi forum tersebut bersama-sama dua lagi ahli panel lain.

“Norshalina telah berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan dalam bidang industri makanan halal,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam masa sama, HIMS juga menyediakan aktiviti menarik bagi pelajar tingkatan tiga yang terlibat, antaranya ialah Explorace Halal dan diiringi oleh fasilitator yang terdiri daripada HIMS dan wakil daripada Baba seramai lima orang.

“Explorace ini telah diisi dengan ilmu pengetahuan am tentang halal, malah pelajar sangat teruja untuk mempraktikkan ilmu baharu yang dipelajari,” katanya.

Mengulas lanjut, program Halal School Attack: Kempen Halal Di Hati itu diakhiri dengan slot sesi perkongsian bersama-sama pihak penganjur iaitu HIMS.

Seterusnya majlis penutup iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang bagi aktiviti Explorace Halal dan penyerahan penghargaan kepada penaja dan penganjur bersama, Baba Products (M) Sdn. Bhd. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI