fbpx

PRN: Pola undi berbeza berbanding PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (kanan) pada sidang akhbar selepas Majlis Taklimat PRN Kedah dan Penyerahan KPI DUN di Bangunan Tunku, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Keserasian antara kerajaan negeri dan Persekutuan diyakini menjadi antara faktor dipertimbangkan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau merasakan pola pengundian tidak lagi sama seperti Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Katanya, ia berikutan parti-parti politik bertanding sudah membentuk gabungan lebih besar, terutama melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan.

“Dalam keadaan Kerajaan Persekutuan dilihat cukup utuh dengan memiliki 148 kerusi di Dewan Rakyat, mungkin rakyat akan melihat kepada kelangsungan serta keserasian yang boleh dibentuk selepas PRN antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Perkara itu sudah tentu diambil kira yang akhirnya mampu mendatangkan keuntungan kepada rakyat. Saya tak nafikan, mungkin ada ‘rasukan-rasukan’ tertentu bagi membuatkan rakyat terpukau daripada segi emosi, psikologi dan persepsi. Namun akan ada juga pertimbangan lain bersandarkan situasi disebut tadi,” katanya pada sidang akhbarMajlis Taklimat PRN Kedah di sini hari ini.

Katanya, di sebalik semua itu, BN tetap optimis demi mewujudkan sebuah pentadbiran baik serta berwibawa.

“Di Kedah, ramai pemimpin yang ada pengalaman menjadi anggota pentadbiran di peringkat Persekutuan serta negeri dan dengan keutuhan 148 kerusi di Dewan Rakyat, kita mungkin akan dapat membentuk kestabilan lebih dinamik antara Persekutuan dan negeri seterusnya mendatangkan keuntungan buat rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Reezal berkata, kesiapsiagaan jentera UMNO di enam negeri bagi berdepan PRN kali ini dilihat berada pada tahap cukup tinggi.

Sebagai contoh katanya, jentera UMNO di Kedah dilihat bersedia untuk bekerja bersungguh-sungguh dan tidak terganggu dengan keputusan PRU lepas yang tidak memihak kepada mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI