fbpx

Orang Asli makin menderita jambatan besi belum siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jambatan besi di Sungai Blaer menuju ke Pos Gob, Gua Musang yang masih belum disiapkan sehingga terbengkalai sejak lima bulan lalu.

GUA MUSANG – Impian kira-kira 1,000 penduduk Orang Asli di Pos Gob di sini, untuk menikmati jambatan baharu menuju ke perkampungan mereka masih tidak kesampaian apabila pembinaan kemudahan itu terbengkalai sejak lima bulan lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati, hanya jambatan di Sungai Perias berhampiran Pos Tohoi di sini, yang selesai dinaik taraf sepenuhnya kepada jambatan besi, manakala jambatan besi yang lain di sepanjang laluan ke Pos Gob masih tergendala.

Penghulu Pos Gob, Liman Alang berkata, kerja-kerja pembinaan jambatan itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Justeru katanya, penduduk merayu pihak terbabit untuk menyegerakan kerja-kerja pembinaan tujuh jambatan besi tersebut bagi memudahkan urusan mereka mencari bekalan makanan di bandar Gua Musang dan menghantar anak ke sekolah.

“Jika ada kemudahan jambatan besi, perjalanan kami untuk ke Bandar Gua Musang lebih cepat berbanding sekarang yang memakan masa sehingga 12 jam atau perlu bermalam di dalam hutan kerana jalan rosak.

“Kami berharap pihak terlibat dapat segerakan jambatan besi berkenaan kerana ia satu-satu­nya cara untuk memudahkan perjalanan kami,” katanya.

Penduduk Pos Gob, Disman Angah, 44, berkata, pembinaan jambatan dan kerja-kerja naik taraf jalan sudah bermula sejak tahun lalu, namun sehingga kini belum selesai.

Lebih malang katanya, apabila titi kayu yang digunakan ketika ini kerap kali rosak kerana sering dilalui trak pikap.

“Selagi tiada jambatan besi, kami terpaksa bergotong-royong menggantikan batang kayu yang patah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI