fbpx

Mayat lelaki hilang cari siput dalam perut buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Sublik ditemui di dalam perut seekor buaya. - Presisi.co

JAKARTA – Seorang lelaki di Kutai Timur, Indonesia yang dilaporkan hilang minggu lalu disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui di dalam perut seekor buaya, lapor laman berita Suara.com.

Sublik, 50, dilaporkan hilang ketika keluar mencari siput di Sungai Lebur. Keluarga mangsa melaporkan kehilangannya kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Kutai Timur.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari keberadaan Sublik, namun gagal.

Bagaimanapun, ketika pasukan penyelamat mencari di sekitar sungai, mereka terlihat seekor buaya di dalam air. Mereka kemudian menangkap buaya itu dan membawanya ke darat.

Perut buaya itu kemudian dibelah. Sangkaan keluarga Sablik terbukti apabila pasukan SAR menemui mayat lelaki itu dalam keadaan sudah terkoyak.

Mayat mangsa kemudian dikeluarkan daripada perut buaya dan dibawa oleh pasukan perubatan untuk bedah siasat.

Selepas menemui mangsa, pasukan SAR menamatkan operasi mencari dan kembali ke unit masing-masing. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI