fbpx

Mahkamah: Hantar video lucah, bekas ahli lembaga didenda RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Lembaga Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Yeo Kwi Seng didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan anak perempuan veteran MCA dengan menghantar video lucah dua tahun lalu.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Kwi Seng, 69, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kes itu pada 28 Jun lalu.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu, tertuduh boleh dipenjara enam bulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini sebagai prosiding hari pertama perbicaraan kes dengan mangsa memberi keterangan.

Bagaimanapun, kes berkenaan tidak berlangsung sebagai mana dijadualkan kerana tertuduh telah menukar pengakuan kepada bersalah pada minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, Kwi Seng didakwa mengaibkan kehormatan mangsa yang juga wanita berusia 53 tahun dengan menghantar video lucah melalui aplikasi WhatsApp, di sebuah suite di Plaza Imbi, di sini, antara 23 Mei dan 16 Jun 2021.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan
mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin manakala tertuduh diwakili peguam Kitson Foong – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI