fbpx

Luahan: Selaraskan tambang van pelancong Pulau Pangkor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DERETAN van pelancong yang menanti kehadiran pengunjung di Pulau Pangkor.

Saudara Pengarang,

Pulau Pangkor sememangnya satu lokasi percutian popular di negara ini dan juga di peringkat antarabangsa.

Banyak aktiviti boleh dilakukan, yang mana sudah tentulah aktiviti di kawasan pantai merupakan program paling popular dilakukan oleh para pelancong ke pulau peranginan itu.

Bagaimanapun, bagi golongan pelancong, mod pengangkutan untuk ke lokasi-lokasi menarik seperti Pantai Pasir Bogak, Pantai Teluk Nipah atau Masjid Al-Badr berbeza-beza kadar bayarannya menggunakan perkhidmatan van.

Adakah kadar bayaran perkhidmatan van itu ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), iaitu Majlis Perbandaran Manjung (MPM) atau ia ditetapkan sendiri oleh pengusaha van berkenaan.

Sebagai contoh, ada pengendali van mengenakan kadar bayaran antara RM20 hingga RM25 kepada pelancong untuk ke lokasi seperti Pantai Teluk Nipah dari kawasan jeti.

Setelah selesai urusan di lokasi berkenaan, jika pelancong mahu ke jeti kembali, kadar bayaran berbeza dikenakan.
Harga perkhidmatan van tidak tetap dan pengunjung perlu bijak mencari pemandu yang menawarkan harga murah.

Jadi, saya berharap pihak PBT dapat memberi penjelasan lebih lanjut berhubung perkara ini.

MOHD. MUKHLIS ISA
Alor Setar, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI