fbpx

KSM beri perhatian isu pekerja asing barang lusuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar.

PETALING JAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil maklum isu pengambilan pekerja asing dalam sub sektor barangan lusuh dan akan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap isu berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, KSM telah pun memulakan proses permohonan untuk pengambilan pekerja asing bagi sub sektor barangan lusuh bermula pada 25 Januari lalu setelah mengambil kira keperluan sub sektor tersebut.

“Namun pada 18 Mac 2023, kerajaan membuat keputusan untuk memberhentikan sementara proses kelulusan kuota permohonan
pengambilan pekerja asing bagi semua sektor di Malaysia termasuk sub sektor barangan lusuh.

“Langkah ini diambil bagi memastikan kelulusan yang diberi hampir 1.1 juta kemasukkan pekerja asing dapat digunakan secara optimum bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara tanpa menjejaskan peluang untuk pekerja tempatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan memaklumkan, sektor barangan lusuh di negeri itu terpaksa mengecilkan perniagaan.

Ia ekoran kuota untuk pekerja asing dalam sektor berkenaan dibekukan oleh kerajaan sejak 10 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI