fbpx

Demi tunang, Katy Perry mahu berhenti minum arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Katy Perry tekad untuk membuang tabit

PENYANYI Katy Perry berharap dapat membuang tabiat mengambil minuman beralkohol demi kehidupan yang lebih sihat bersama tunangnya, Orlando Bloom.

Ujar Perry, dia menyedari perlu menjalani hidup lebih sihat dan seimbang supaya boleh memberi kebaikan untuk diri sendiri pada masa hadapan.

“Saya mempunyai harapan untuk tidak lagi mengambil minuman beralkohol. Saya mahu jalani kehidupan yang lebih sihat.

“Sebagai permulaan, saya berjanji tidak akan menyentuh minuman keras selama tiga bulan,” katanya kepada majalah People.

Selain untuk kebaikan sendiri, pelantun lagu Firework itu mahu mengubah tabiatnya demi kebaikan anaknya, Daisy Dove yang kini berusia dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI