fbpx

Opai tidak beri kerjasama, JPJ minta bantuan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan jenis McLaren dengan nombor plat QPA1 yang sebelum ini tular dipandu di jalan raya.

PETALING JAYA – Kegagalan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menyebabkan agensi itu terpaksa meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Opai sepatutnya hadir untuk dirakam keterangannya selepas dikesan menggunakan nombor pendaftaran ‘QPA1’ pada supercar McLaren miliknya yang bukan nombor sebenar.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, notis panggilan temu siasat sudah pun diserahkan Opai.

“Selepas tempoh 14 hari, lelaki terbabit masih belum hadir ke pejabat JPJ. Jadi kita meminta bantuan polis untuk mengesannya di rumah,” katanya ketika ditemui selepas Op Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidiladha di Jalan Pahang, di sini, malam tadi.

Menurut Erick, suami pelakon yang masih berada di Kuala Lumpur itu dianggap umpama mencabar JPJ kerana tidak menghadirkan diri seperti diarahkan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan usahawan muda, Aliff Awang atau dikenali sebagai Opai yang tular menggunakan McLaren bukan nombor plat sebenar menjelaskan, nombor pendaftaran kenderaan itu dibuat sempena perkahwinannya dengan pelakon popular, Fatin Afeefa.

Menerusi penjelasannya di InstaStory, dia memberitahu tidak menggunakan nombor plat tersebut sewaktu memandu kenderaan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI