PENYANYI Hwasa kini dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 40-an.
Rata-rata media Korea Selatan melaporkan, pasangan itu sebenarnya sudah serius bersama sejak lima tahun lalu.
Kisah cinta Hwasa dikongsikan sendiri beberapa petugas di agensi pengurusannya, terutama selepas mengakhiri kontrak eksklusif bersama RBW.
Difahamkan, lelaki berkenaan mulanya ragu-ragu untuk menjadikan Hwasa sebagai teman wanita, namun akhirnya terpesona dengan peribadi serta kejujuran penyanyi itu.