fbpx

Dua agensi bawah KDN disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap ketika Majlis Perhinpunan Bulanan bersama warga JPM di Puspanitapuri, Putrajaya hari ini.-Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Dua agensi bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang disiasat ekoran didakwa wujudnya budaya salah guna kuasa serta rasuah dalam kalangan kakitangannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekelompok kecil pegawai imigresen dilihat masih terbiasa dengan cara dan sistem lama semasa beliau mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Katanya, situasi sama turut berlaku di JPN apabila apabila terdapat segelintir pegawai yang meminta bayaran tertentu untuk mengeluarkan sijil kewarganegaraan.

“Semalam saya terima maklumat ada siasatan di jabatan lain umpamanya JPN. Kita permudahkan orang yang layak mendapat kewarganegaraan dan sebagainya, tetapi untuk mendapatkan sijil perlu bayaran tertentu walaupun jumlahnya kecil.

“Harus ada tindakan keras serta tegas sekiranya tidak mahu ia merosakkan seluruh imej pentadbiran sama ada pimpinan dan umum secara keseluruhannya,” katanya ketika berucap semasa Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di sini tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI