fbpx

Dakwaan salah laku, rasuah kakitangan Imigresen dibincang dalam mesyuarat kabinet Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid (tengah) bersama-sama Uggah (kiri) dan Awang Tengah (kanan) pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Kemajuan Desa dan Wilayah Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

KUCHING – Kerajaan akan membincangkan isu membabitkan kakitangan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) khususnya dakwaan wujud salah laku dan amalan rasuah dalam mesyuarat kabinet pada Rabu nanti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini, beliau telah berbincang dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung dakwaannya itu.

Justeru, beliau berkata akan mengadakan perbincangan susulan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana Imigresen di bawah kementerian itu.

“Saya fikir permasalahan begini boleh diselesaikan dengan cara baik melalui sistem pentadbiran yang ada.

“Pada Rabu nanti kita akan bawa perkara ini ke mesyuarat kabinet dan sudah pasti beliau (King Sing) akan menjelaskan mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu berkenaan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Kemajuan Desa dan Wilayah Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI