PETALING JAYA – Cuaca buruk dijangka melanda negeri Selangor, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehinggga pukul 12 tengah hari, hari ini.
Menurut hantaran di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk akan melanda negeri Kuala Langat di Selangor serta Baru Pahat dan Pontian di Johor.
“Selain itu, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas) di Sabah.
“Sementara itu, cuaca buruk juga dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam hantaran sama, pagi ini.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE