fbpx

Buntu fikir dana kos dialisis sakit buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLY kelihatan lemah akibat menghidap penyakit buah pinggang tahap 5 di rumah menantunya di Desa Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pemandu yang kini menghidapi sakit buah pinggang kronik tahap 5 buntu untuk mencari dana untuk kos rawatan dialisis yang perlu ditanggungnya seba­nyak tiga kali seminggu.

Azly Laily, 56, memberitahu, meskipun telah mendapatkan rawatan, namun kos dialisis yang perlu ditanggung adalah tinggi.

“Saya perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali se­minggu. Setiap rawatan memakan kos sebanyak antara RM170 sehingga RM250.

“Rawatan untuk tambah darah pula lebih mahal, RM250 untuk satu rawatan.

“Anggaran kos rawatan sebulan mencecah RM3,000. Bayangkan saya perlu membiayai rawatan ini seumur hidup,” luahnya kepada Kosmo! di rumah menantunya di Desa Petaling, di sini baru-baru ini.

Katanya, biarpun agak terkejut, namun dia terpaksa me­nerima hakikat apabila disahkan menghidap penyakit tersebut sejak sebulan lalu.

Ujarnya, dia mula menyedari buah pinggangnya rosak apabila sering mengalami sesak nafas yang teruk sebelum disahkan doktor berkenaan perkara itu.

Disebabkan keadaan itu, dia kini tidak mampu bekerja dan hanya bergantung kepada isteri dan anak-anak.

Dia yang mendapatkan rawatan di Pusat Hemodialisis 1KOPDBKL berkata, beberapa bahagian badannya telah ditebuk, antaranya di kelengkang, leher dan tangan.

“Untuk rawatan seterusnya, doktor akan tebuk di bahagian tangan pula,” katanya.

Bagi membantu kos rawatan Azly, isterinya Salmah Abdullah, 59, menjalankan perniagaan sampingan seperti menerima tempahan rendang dan beberapa lauk kampung yang lain.

Orang ramal yang ingin membantu me­ringankan beban keluarga ini, boleh me­mbuat sumba­ngan ke akaun BSN Azly Laily 1411329881126121 atau menghubungi talian 017-380 8889 atau 012-919 7618.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI