PETALING JAYA – Baba Products (Baba’s) melalui jabatan hal ehwal halal telah terlibat secara langsung dalam program Halal School Attack: Kempen Halal Di Hati yang telah diadakan di Maahad Tahfiz Integrasi Selangor, Alam Impian baru-baru ini.
Program tersebut dianjurkan bersama Baba’s dan juga persatuan pelajar dari Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) iaitu Halal Industry Management Society (HIMS), Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pelbagai program telah dijalankan dan antaranya adalah Forum Forum Intelektual, “Cakna Makanan: Apakah Peranan Kita? Yang mana para panel yang terlibat adalah pengurus jabatan hal ehwal halal Baba’s dan seorang pensyarah UITM dan juga wakil alumni Fakulti Pengajian Islam Kontemporari.
Selain itu, HIMS juga menganjurkan aktiviti Explorace Halal untuk pelajar tingkatan tiga yang mana pelajar berjaya mendapat manfaat daripada pengetahuan mendalam tentang halal manakala slot ‘sharing session’ memberi peluang kepada pelajar tentang maklumat tentang ACIS.
Program Halal School Attack telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan HEP, UITM iaitu Prof. Madya Dr. Azri Bhari. -KOSMO!ONLINE