fbpx

Air Penyejuk Cooltopia Cap Kaki Tiga tangani cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cooltopia Cooling Water kini boleh dibeli melalui pelbagai saluran dalam talian dan luar talian, menampilkan empat perisa lazat iaitu Jambu Batu, Laici, Limau dan Buah Pic (kurang manis).

KUALA LUMPUR – Malaysia kini dicengkam masalah gelombang haba yang sangat ketara, sekali gus mengakibatkan peningkatan dalam pelbagai isu kesihatan termasuk dehidrasi, demam dan kepanasan badan.

Menyedari keadaan cuaca yang mencatatkan peningkatan suhu tidak dijangka, syarikat penjagaan kesihatan yang memiliki reputasi lebih 80 tahun pengalaman dalam perubatan tradisional, Cap Kaki Tiga Malaysia menawarkan Air Penyejuk Cooltopia untuk menangani masalah panas badan. 

Kehadiran produk Air Penyejuk Cooltopia di pasaran disifatkan sebagai tepat pada masanya, memandangkan Malaysia secara berterusan menghadapi kesan gelombang haba.

Ditubuhkan pada tahun 1937, Three Legs Brand mempunyai lebih daripada 80 tahun pengalaman dalam penyelidikan dan pembangunan, serta pengeluaran dan pemasaran produk kesihatan tradisional Cina, perubatan asli, farmaseutikal dan produk di atas rak (OTC).

Pengarah Perniagaan Cap Kaki Tiga Malaysia, Chris Lim memberi penekanan terhadap kepentingan untuk mengutamakan hidrasi dan kesejahteraan diri secara menyeluruh ketika musim yang mencabar ini. 

“Kami amat prihatin dengan impak cuaca panas.

“Matlamat kami adalah untuk menyediakan produk semula jadi yang mampu melegakan kepanasan badan dan membantu individu untuk kekal terhidrat dan sihat,” katanya dalam satu kenyataan.

Air Penyejuk Cooltopia boleh didapati dalam empat perasa buah-buahan menarik, iaitu jambu batu, laici, limau dan pic (kurang manis) untuk melegakan kepanasan badan dan memberikan kelegaan tubuh daripada demam.

Ia sesuai untuk pelbagai latar belakang usia daripada kanak-kanak berusia empat tahun dan ke atas sehinggalah golongan dewasa.

Kempen Cooltopia Cooling Water sedang berlangsung di Lembah Klang, menawarkan peluang kepada individu untuk melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti.

Cap Kaki Tiga Malaysia komited untuk memastikan kebolehcapaian produk inovatif berkenaan, dengan matlamat utama untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri individu secara menyeluruh seterusnya mengharungi cabaran akibat gelombang haba yang berterusan.

Pendekatan proaktif syarikat untuk menyokong kesihatan masyarakat menggambarkan komitmen teguh dalam menyediakan produk tradisononal yang mempromosikan kesejahteraan diri.

Maklumat lanjut boleh didapati di sini. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI