TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama Datuk Yusof Haslam dan Raisuddin Hamzah menjadi bualan ramai.
Semuanya gara-gara mereka digelar sebagai bapa mentua impian ramai kerana sentiasa berada di sisi menantu.
Umum tahu, Yusof sangat menyayangi Puteri Sarah walaupun sudah bercerai dengan Syamsul, manakala Raisuddin pula kekal berada di sisi Shuib ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini.
Ramai berpendapat, mereka sangat menjaga silaturahim dan dilabel sebagai bapa mentua ‘satu dalam sejuta’.
“Selain mencari pasangan baik, bapa mentua seperti Yusof dan Raisuddin juga perlu ada dalam perkahwinan.
“Mendapat bapa mentua yang baik adalah satu tuah. semoga ikatan kekeluargaan mereka kekal sampai bila-bila,” kata netizen.
Diva pun tak nafikan hal itu dan kagum melihat cara Yusof dan Raisuddin sentiasa mendoakan untuk menantu mereka. Harap perkara positif sebegini menjadi contoh.
DIVA: Artis baru sekarang perlu bijak menjawab soalan wartawan, kena pandai ‘goreng’ ayat.