fbpx

Video pelancongan Filipina guna gambar negara lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 26 April 2018 menunjukkan pantai di Pulau Boracay, Filipina. – AFP

MANILA, Filipina – Pegawai-pegawai pelancongan  Filipina mendapat malu selepas penerbit sebuah video mempromosikan negara kepulauan tersebut sebagai destinasi pelancongan menyatakan hari ini bahawa mereka menggunakan foto stok dari negara-negara lain.

Agensi pengiklanan,   DDB Philippines meminta maaf berhubung ‘imej sangat tidak wajar’ tersebut yang turut termasuk teres sawah padi di Indonesia dan bukit pasir di Brazil.

Agensi berkenaan menerbitkan klip video untuk kempen pelancongan kerajaan bernilai AS$900,000 (RM4,200,750) dengan slogan bermaksud ‘Sayang Filipina’  yang dilancarkan pada 27 Jun lalu.

Kementerian pelancongan mengumumkan lewat semalam bahawa pihaknya  menyiasat dakwaan video terbitan DDB itu melibatkan ‘imej tidak asli’. Klip video itu kemudian dipadamkan daripada laman Facebooknya.

 Penulis blog popular Filipina, Sass Rogando Sasot menyiarkan di laman Facebook bahawa beberapa imej dalam kempen video kerajaan sebenarnya dari negara-negara lain.

Analisis oleh Pasukan Pemeriksaan Fakta AFP mengesahkan bahawa video tersebut memaparkan lokasi yang sebenarnya di Brazil, Indonesia, Switzerland dan Emiriyah Arab Bersatu.

DDB meminta maaf hari ini kerana menggunakan ‘foto stok asing’ dan menyifatkan perkara tersebut sebagai ‘kekesalan di pihak agensi kami’.

“Proses penapisan dan kelulusan yang wajar dan ketat sepatutnya dipatuhi. Penggunaan foto stok  asing dalam kempen mempromosikan Filipina adalah amat tidak wajar dan bercanggah dengan matlamat Jabatan Pelancongan,” kata DDB dalam satu kenyataan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI