PETALING JAYA – Nasib malang menimpa sekeluarga Orang Kurang Upaya (OKU) apabila terperangkap di dalam sebuah lif di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan baru-baru ini.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok Hidayah Al Ehsan memaparkan situasi dia, suami dan anak-anak sangat cemas dan sesak nafas berada di dalam lif tersebut.
“Apa malang nasib kami OKU penglihatan terkurung di LRT Bandar Tasik Selatan. Sudah sesak nafas ni, ada anak-anak pula. Ada sesiapa boleh membantu?,” rayunya di kapsyen.
Tambahnya, semua butang kecemasan yang ada di dalam lif tersebut rosak.
“Butang-butang kecemasan di dalam lif ini semua rosak,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa bimbang terhadap nasib yang menimpa mereka dan meminta segera menghubungi talian kecemasan yang lain.
“Allahu, ‘call’ bomba terus kak, dah berapa lama dalam tu agaknya,” komen Din.
“Akak ‘call’ dahulu bomba atau polis, semoga dipermudahkan urusan,” komen Khairul.
“Dah selamat ke belum ni, kesiannya ya Allah,” komen Nor.
“Saya pernah kena macam ini di LRT mana entah, mohon buat pembaikan, takut lah kalau kes-kes begini berulang, kesian pengguna,” nasihat seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE
@hidayahalehsanapa malang nasib kami OKU penglihatan terkurung di lif LRT TBS. Ada sesiapa yang boleh membantu?#