fbpx

Tegur Alya Iman tanggal tudung, Afiq Muiz ‘paling penyibuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Afiq Muiz dianggap paling penyibuk kerana meninggalkan nasihat kepada Alya Iman soal tanggal tudung.

PETALING JAYA – Tiada kaitan darah mahupun hubungan persahabatan sesama artis, tindakan pelakon Afiq Muiz yang tiba-tiba tampil mempersoalkan keputusan pelakon Alya Iman yang tidak lagi bertudung akhirnya dilihat memakan diri.

Biarpun mungkin berniat sebagai teguran ke arah kebaikan, nasihat Afiq kepada anak Allahyarham Azmil Mustapha yang didakwanya seolah-olah melawan hukum agama itu mengundang menerima kecaman hebat netizen.

Rata-rata menganggap Afiq bukan individu tepat untuk memberikan nasihat memandangkan dirinya sendiri masih bergelut dengan masalah rumah tangga bersama isteri, Pachara Apin.

Lebih teruk, dia bahkan dianggap sebagai artis paling penyibuk.

“Betulkan dulu rumah tangga awak sebelum sibuk urusan orang lain. Artis paling penyibuk,” kata netizen.

“Masa buat dekat isteri ingat Tuhan ke nampak salah orang lain sahaja?,” soal pengikut.

“Mufti Menk pun pernah cakap kalau soal aurat wanita lelaki bukan keluarga tidak perlu bagi pendapat. Awak ini abang diakah?,” ujar netizen dalam nada sinis.

Biarpun bertubi-tubi dikritik, abang kepada pelakon Aishah Azman masih sempat mengingatkan Alya tentang hukum agama jika tidak memakai hijab seperti suruhan Allah.

Sekitar lebih dua bulan lalu, pemilik nama sebenar Nur Alya Iman Azmil, 22, mengejutkan ramai apabila membuat pengakuan lebih selesa dan mahu menjadi diri sendiri dengan membuka tudung. Pelakon itu juga berharap tindakan menanggalkan hijab tidak dikaitkan dengan nama arwah bapanya, Azmil Mustapha.

Setakat ini, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan komen pelakon Ku Punya Hati itu belum berhasil apabila panggilan mahupun mesej tidak berbalas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI