fbpx

PRN: Polis Kedah pantau 20 lokasi panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol mengagihkan daging korban kepada golongan asnaf pada program Ibadah Korban IPK Kedah di Perumahan Polis Derga Jaya, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Polis Kedah akan meningkatkan pemantauan di 20 lokasi panas yang dikenal pasti daripada 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, tumpuan akan diberikan di kawasan tersebut termasuk menambah petugas polis bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar sehingga hari pengundian.

“Kawasan panas ini kita keluarkan maksudnya bukan untuk memaklumkan bahawa kawasan ini akan berlaku pertempuran atau apa, jangan salah tafsir.

“Kita kategorikan kawasan panas ini untuk memudahkan penugasan polis, kita bagi penumpuan di sana sama ada terdapat keperluan untuk meningkatkan lagi jumlah petugas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Ibadah Korban Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Perumahan Polis Derga Jaya, di sini hari ini.

Pada program tersebut IPK Kedah menyumbangkan enam lembu korban yang kemudian diagihkan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan anak yatim di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, kata Fisol, polis Kedah juga akan menambah petugasnya sepanjang PRN itu kelak dengan bantuan IPK negeri lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI