PETALING JAYA – Seorang pemuda menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kehadiran obor-obor ketika bermandi-manda di laut.
Menerusi perkongsiannya di Twitter mengingatkan, pengunjung perlu berhati-hati kerana sekarang musim obor-obor beracun.
“Hati hati ya bila mandi laut. Sekarang musim obor-obor,” pesannya.
Tambahnya, jika disengat minta disegerakan berjumpa doktor.
“Kalau kena sengat, cuba kenal pasti ciri-ciri obor-obor itu sebab ada jenis yang tinggi racun dan ada yang kurang. Selepas itu, terus pergi klinik atau hospital berdekatan.
“Baru sahaja saya kena sengat semasa mandi. Pedih macam terbakar. Doktor syak kena obor-obor.
“Alhamdulillah tiada alahan teruk, tiga ubat kena ‘drip’ tadi,” katanya.
Menjengah ke ruangan ruangan komen rata-rata orang ramai bersimpati dengan keadaan pemilik dan ada yang mengalami nasib yang sama.
“Allahu, moga cepat sembuh,” komen Rifki.
“Emak saya pernah kena sengat obor-obor, sampai sekarang dia trauma hendak mandi laut,” kongsi Azrazul.
“Kesiannya, apa-apa pun hati hati sahaja, minta dijauhkan,” komen Mimi. – KOSMO! ONLINE