fbpx

Lima sekeluarga cedera kereta bertembung MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Iskandar menghala Kampung Bukit Kapar, Klang.

KLANG – Perjalanan lima sekeluarga bertukar tragedi apabila cedera selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Iskandar menghala Kampung Bukit Kapar di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 8.20 pagi itu menimpa kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 19 hingga 59 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 8.26 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikerah dalam operasi menyelamat berkenaan.

Anggota bomba menyelamatkan mangsa kemalangan itu di Jalan Iskandar menghala Kampung Bukit Kapar, Klang, hari ini.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan itu melibatkan Honda Accord lima sekeluarga yang dipercayai bertembung dengan Nissan Grand Livina dinaiki dua lelaki berusia 20-an.

“Kedua-dua pemandu kereta itu patah kaki kanan dan dikeluarkan bomba menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohamadul Ehsan, empat lagi mangsa hanya cedera ringan, manakala penumpang Grand Livina tiada sebarang kecederaan.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI