fbpx

Lelaki pandu Honda Stream klon dikejar polis 100 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPV jenis Honda Stream yang disyaki kenderaan klon disita di IPD Dungun sebelum dibawa ke IPD Kuantan hari ini.

DUNGUN – Seorang lelaki yang dipercayai menggunakan kereta klon berjaya ditahan polis selepas melarikan diri kira-kira 100 kilometer di daerah ini semalam.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 30-an berjaya ditahan pada pukul 1.30 tengah hari di Kampung Che Lijah di sini selepas polis berjaya meminta kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream dipandunya.

Difahamkan, suspek dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran Gambang, Kuantan, Pahang oleh sebuah kereta peronda polis yang sedang melakukan rondaan.

Suspek dikatakan bertindak memecut laju kenderaannya sebaik sahaja anggota polis bertugas mengarahkannya memberhentikan kenderaan.

Lelaki tersebut kemudiannya memecut laju kenderaannya keluar dari Plaza Tol Cheneh dan melalui Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman sebelum berjaya dipintas di Kampung Che Lijah.

Hasil semakan mendapati kenderaan yang dipandu suspek didaftarkan atas nama individu lain dan nombor enjin kenderaan juga dipercayai telah diubahsuai.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penangkapan lelaki tersebut.

Baharudin berkata, lelaki tersebut bersama kenderaan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI