fbpx

Lelaki dakwa pekerja GrabFood baling makanan depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asher mendapati makanan dipesannya dillempar ke atas kabinet dan lantai rumahnya. - Mothership

SINGAPURA – Seorang lelaki berkongsi perasaan tidak puas hatinya di Facebook selepas seorang pekerja GrabFood dikatakan melempar makanan yang dipesan sehingga bersepah di atas lantai kerana lokasi penghantaran terlalu jauh, lapor laman berita Mothership.

Asher Ashwin berkongsi tangkap layar mesej perbualan bersama penghantar makanan itu setelah memesan hidangan McDonald’s daripada pasar raya NEX kelmarin.

Ketika menunggu pesanan, penghantar makanan itu menghubunginya dan memberitahu bahawa restoran McDonald’s cawangan Potong Pasir adalah lebih dekat dengan rumahnya.

Penghantar makanan itu berkata, cawangan McDonald’s pasar raya itu menyediakan pesanan terlalu perlahan kerana dibanjiri pelanggan dan penghantar makanan  lain.

Apabila Asher mencadangkan untuk membatalkan pesanan, pemandu itu berkata, dia tiada masalah dengan lokasi pengambilan makanan, namun rumah Asher terlalu jauh.

Apabila dihantar, Asher terkejut apabila melihat makanannya dilempar ke atas kabinet di luar rumahnya. 

Dalam video lain, Asher menunjukkan tahap kerosakan dengan minuman kurang separuh, kentang goreng berselerak di atas lantai dan beg makanan semuanya koyak dan pecah.

Dalam pada itu, Asher memaklumkan bahawa syarikat Grab telah meminta maaf dan membawa isu itu kepada pihak atasan. Pekerja itu kemudian digantung bekerja dengan Grab  selepas siasatan menyeluruh dilakukan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI