PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui, air di rumahnya dicuri oleh penghuni lain di kawasan perumahan flat.
Menerusi TikTok Maria Magdelene, seorang jiran memberitahunya supaya memeriksa meter air di bawah.
Berikutan itu, wanita tersebut tidak menyangka, ada individu yang sanggup mencuri dan menyambung paip di meter milik rumahnya.
“Mula-mula perasan air jadi perlahan, sebab ingatkan ramai yang guna atau ada masalah air, rupa-rupa ada orang curi,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya.
“Boleh buat report polis sis . Bawa polis report ke Air Selangor,” komen Hajar.
“Dahsyat jugak sampai kena potong sebab bil air antara bil yang murah,” komen Zirul.
“Saya pun pernah kena, mula-mula biar saja, tapi bil makin naik, tak boleh jadi lah,” komen Hafizah.
Maria juga dikatakan telah mengambil tindakan dengan membuat laporan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara berkenaan isu ini.
Perkongsian itu menjadi tular di aplikasi TikTok dengan tontonan sebanyak 159,400 tanda suka sebanyak 3,448 dan 142 komen. – KOSMO! ONLINE