fbpx

Kacak sungguh Aiman! Anak bujang Ziana Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiman dikatakan saling tidak tumpah seperti bapa saudaranya, Anuar Zain.

TAK pernah kita tengok penyanyi ‘kening terangkat’ siapa lagi kalau bukan Ziana Zain membawa anaknya ke mana-mana acara hiburan.

Baru-baru ini, Ziana menarik perhatian ramai apabila dilihat membawa anak bujangnya, Muhammad Aiman yang kini berusia 23 tahun ke acara Malaysia Best Business Awards 2023.

Difahamkan, Ziana dapat anugerah Celebrity Entrepreneur of the Year. Penampilan pertama Aiman di khalayak ramai itu telah menarik perhatian netizen.

Mana tidaknya, ramai memuji wajah kacak yang dimiliki oleh Aiman. Ramai juga yang kata wajah Aiman seiras dengan bapa saudaranya iaitu penyanyi, Anuar Zain.

“Ada iras pak ngah (Anuar Zain) dia. Tengoklah mama dia (Ziana Zain), kekal cantik,” puji seorang netizen.

“Kacaknya anak teruna Ziana. Boleh jadi ‘pengawal’ mama dia,” kata seorang netizen.

“Tampan betul Aiman. Alhamdulillah dah besar,” ujar seorang pengguna Instagram.

Tidak kurang juga apabila terdapat netizen berpendapat Aiman sesuai untuk diketengahkan sebagai pelakon kerana mempunyai wajah yang kacak menawan.

Amboi, pantang betul nampak ‘anak ikan’, masing-masing bukan main lagi. Nampak Aiman pun macam pemalu. Siapalah yang bertuah dapat jadi menantu kak Ziana nanti.

DIVA: Kuat bergaduh juga pelakon Afiq Muiz dengan netizen. Habis semua dia makinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI