JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang penunggang motosikal mencuri telefon bimbit milik mangsa kemalangan jalan raya, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @wecarebangkalanmadura.
Rakaman memaparkan seorang lelaki dewasa dan seorang budak lelaki terjatuh daripada motosikal dinaiki mereka di atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai.
Seorang pemandu motosikal dari arah bertentangan dilihat berhenti dan mengambil telefon bimbit mangsa yang tercampak ke tengah jalan.
Lelaki itu kemudian mendekati mangsa dan berbual dengan orang ramai sebelum meninggalkan lokasi kejadian tanpa menyerahkan telefon bimbit yang diambilnya.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Ambil kesempatan dalam kesempitan,” komen seorang netizen.
“Semoga mendapat balasan setimpal,” komen netizen lain. – Agensi