fbpx

FAM belum tetapkan sasaran Harimau Malaya pada Piala Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN mempengerusikan Kongres FAM kali ke-59 yang berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam. – SHIDDIQIIN ZON

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ mengenai sasaran rasmi walaupun ketua jurulatih, Kim Pan-gon optimis pasukan Harimau Malaya boleh melepasi peringkat kumpulan Piala Asia 2023, Januari depan.

Pan-gon menyatakan de­ngan ‘berani’ bahawa anak-anak buahnya berpotensi mencipta kejutan di Qatar selepas menang aksi persahabatan antarabangsa 10-0 ke atas Papua New Guinea bulan lalu.

Situasi itu agak berbeza apabila Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengambil langkah ‘selamat’ dengan menyatakan mengutip satu mata juga boleh dianggap positif.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman mengakui sasaran akhir FAM akan dimaklumkan sebelum berlepas ke Qatar dengan senarai pemain dibawa ke sana juga dapat disahkan.

“FAM belum tetapkan lagi sasaran untuk ke Piala Asia dan jika Pan-gon berkata demikian (lepas peringkat kumpulan), itu adalah sasaran peribadinya.

“Sudah pasti sebagai jurulatih, dia mahukan yang terbaik de­ngan meletakkan sasaran ter­tinggi tetapi bagi kami, kata putus hanya akan maklumkan sasaran sebelum berlepas ke Qatar nanti,” katanya.

Noor Azman ditemui pada sidang media selepas berakhir Kongres FAM kali ke-59 di Peta­ling Jaya semalam.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi mengesahkan antara perbincangan yang dilakukan dalam kongres kali ini adalah pindaan beberapa statut yang dipersetujui oleh rakan kongsi persatuan.

Kata Mohd. Yusoff, antara pindaan statut yang dibuat adalah setiap ahli eksekutif (Exco) ha­nya boleh menyandang jawatan maksimum selama tiga penggal sahaja.

“Kita ada buat pindaan statut seperti Exco selepas ini hanya boleh menyandang jawatan mereka dalam persatuan selama tiga penggal selain hanya satu ahli setiap perwakilan yang boleh melakukan undian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN