fbpx

Dua jemaah haji meninggal dunia pada hari Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MEKAH – Dua lagi jemaah Malaysia disahkan meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah terbaharu meningkat kepada empat orang di sepanjang musim haji tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, dua jemaah lelaki berusia 60 dan 72 tahun itu meninggal dunia selepas koma masing-masing akibat serangan angin ahmar dan berkaitan jantung serta paru-paru dijangkiti kuman.

Katanya, kedua-duanya meninggal dunia pada Jumaat lalu di hospital Arab Saudi. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraek di sini.

“Kita telah pergi bertemu dengan waris dan ahli keluarga si mati di sebuah hotel di sini untuk memberi sokongan serta menyatakan rasa simpati ke atas apa yang berlaku.

“Sehingga petang tadi (semalam) pun, kita masih membuat pertemuan dengan mereka untuk menyampaikan rasa dukacita selain memberi sokongan dan semangat untuk ahli keluarga atau waris berdepan dengan ujian tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Mohd. Na’im, mereka merupakan antara tiga jemaah yang tidak dibawa untuk berwukuf kerana berada dalam keadaan koma.

Tambahnya, kejadian itu menjadikan jumlah kematian dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi empat orang di mana dua wanita telah meninggal dunia sebelum wukuf iaitu pada 4 dan 19 Jun lalu dan dikebumikan di lokasi sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI