fbpx

Cuaca buruk di tiga negeri hingga 7 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri sehingga 7 malam.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka melibatkan Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, manakala di Sarawak pula Sri Aman, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. Bagi Sabah, berlaku di pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat,” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI