fbpx

Anwar gesa lelaki doakan perkara buruk buat Abdul Hadi, Tun M mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan Ahmad Zaki yang menerima kecaman orang ramai.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan satu ciapan yang dibuat oleh individu didakwa pembantu setiausaha politiknya, Ahmad Zaki Yamani berhubung kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan merosot.

Anwar melalui ciapan di Twitternya berkata, beliau membantah kenyataan tersebut dan mengarahkan Ahmad Zaki untuk membuat permohonan maaf dengan kadar segera.

“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” ciapnya tadi.

Terdahulu, Ahmad Zaki melalui satu ciapan meminta agar nyawa Abdul Hadi diambil supaya ‘kerosakan’ yang dibuat dapat dihentikan.

“Doa: Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu. P/S: Ambil sekali Mahathir,” ciapnya.

Ciapan itu kemudian mendapat kecaman daripada orang ramai, bagaimanapun Ahmad Zaki masih tidak memadam kenyataan tersebut daripada akaun Twitternya.

Dalam satu ciapan berbeza, Ahmad Zaki turut mengulang kicau satu hantaran portal berita dan menegaskan beliau bukan pembantu kepada mana-mana Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Pagi tadi, Kosmo! Online melaporkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu kurang sihat sejak beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha pada kelmarin dan kini sedang menerima rawatan di hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI