fbpx

8 tahun terpisah, air mata Awie tumpah jumpa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDILADHA tahun ini menjadi detik amat berharga buat Awie kerana dapat kembakli bertemu dan meluangkan masa bersama anaknya,Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha yang sudah lapan tahun tidak bertemu dengannya.

PETALING JAYA – Lapan tahun terpisah, penyanyi Datuk Awie tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata apabila dapat bertemu dan me;luangkan masa berharga bersama  dua anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13.

Meluahkan kegembiraan, pelantun Sejati itu berkongsi perasaan syukur menerusi hantaran di Facebook dengan memuat naik beberapa paparan foto mereka sekeluarga.

“Terima kasih wahai Allah kerana mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya Allah.

“Air mata ini menjadi saksi. Rinduku berbalas. Anak-anakku dunia akhirat. Moga bahagia hingga ke jannah. Terima kasih isteriku. Terima kasih kepada ibu anak-anakku.

“Moga ini menjadi titik permulaan baik untuk semua. Allahuakbar,” tulisnya dalam ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Percutian berkonsepkan ‘staycation’ selama dua hari di sebuah hotel itu turut disertai isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin bersama anak lelaki mereka.

Malah, detik bermakna itu juga turut disertai tiga lagi anak vokalis kumpulan Wings itu, Putri Aleeya Antasha, 23, Putri Aleefa Antasha, 21, dan Putra Ahmad Merrah, 16.

Terdahulu, Awie pernah menyatakan sambutan Aidiladha tahun ini paling bermakna kerana dapat bertemu dengan Rezzki dan Qasseh yang di bawah jagaan bekas isterinya, Rozana Misbun.

Menerusi perkahwinan dengan Rozana pada 20 Jun 2005, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak iaitu Merrah, namun anak lelakinya ini dijaga penyanyi itu.

Awie dan Rozana bercerai pada 1 November 2014 dan Merrah kini tinggal bersama Awie.

Vokalis tersebut juga memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.

Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI