PETALING JAYA – Trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak setakat pukul 5.20 petang, hari ini.
Menurut hantaran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook, kesesakan tersebut berlaku di laluan Plaza Tol Karak ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak
“Selain itu, di Lebuh Raya Utara Selatan, trafik juga perlahan ke arah selatan bermula di Putra Mahkota ke Nilai, Ayer Keroh ke Hentian Sebelah Bemban, Yong Peng (S) ke Ayer Hitam.
“Turut sama di Machap ke Simpang Renggam serta Hentian Sebelah Simpang Renggam ke Sedenak dan Kempas ke Dato’ Onn,” katanya dalam hantaran hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – KOSMO! ONLINE