fbpx

SPRM siasat dakwaan menteri wujud budaya rasuah di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkaitan kewujudan isu rasuah di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak dan menyiasat perkara itu sewajarnya.

“Berhubung dakwaan rasuah yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, SPRM akan menyiasat perkara itu. SPRM akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak dan menyiasat perkara itu sewajarnya.

“Oleh itu, kami menggesa orang ramai supaya tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai perkara ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu laporan mengenai seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan KLIA bagi melepaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Ekoran laporan itu, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui dirinya adalah menteri yang dikaitkan dengan kejadian itu dan mendakwa kehadirannya telah membongkar kewujudan budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.

King Sing mendakwa, terdapat pegawai Imigresen yang meminta wang sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan.

Dalam pada itu, King Sing turut menafikan dakwaan bahawa kehadirannya adalah untuk melepaskan pelancong asing yang ditahan pihak imigresen.

Jelas beliau, apa yang berlaku adalah pelancong terbabit telah ditahan tanpa sebab meskipun memiliki dokumen perjalanan yang lengkap.

Mengulas lanjut, beliau akan menyerahkan kesemua maklumat kepada SPRM untuk disiasat bagi memulihkan imej Malaysia terutama di pintu masuk negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI