fbpx

Skuad pembangunan harus setara Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESTAsi skuad B-17 negara tidak setara dengan kecemerlangan Harimau Malaya apabila tersingkir awal pada kejohanan Piala Asia B-17 di Bangkok, Thailand awal bulan lalu.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa untuk kembali memperkasakan pembangunan di pelbagai peringkat usia agar prestasi dilihat setara dengan apa yang dipamerkan oleh skuad senior Harimau Malaya ketika ini.

Ketika ini, skuad Harimau ­Malaya mempamerkan prestasi konsisten di pentas antarabangsa sejak dibimbing oleh pengendali import dari Korea Selatan, Kim Pan-gon pada awal tahun lalu.

Namun, situasi berbeza dipamerkan oleh skuad pembangunan negara apabila pasukan bawah 17 (tahun B-17) negara tersingkir awal pada kejohanan Piala Asia B-17 di Bangkok, Thailand awal bulan lalu.

Malah, skuad B-23 negara juga dilihat suram kerana gagal menyumbangkan kilauan pingat pada Sukan SEA Kemboja 2023, manakala status skuad B-19 juga seperti tiada hala tuju.

Pemerhati sukan yang juga bekas pengendali skuad muda Harimau Malaya, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, badan induk bola sepak negara perlu fokus dalam membentuk skuad pelapis demi kebaikan jangka panjang.

“Saya lihat pada awalnya skuad B-17 negara boleh memberikan sinar baharu tetapi apa yang mereka pamerkan di pentas Piala Asia B-17 sebelum ini se­perti indah khabar sehingga turut bergelut ketika menentang pasukan ASEAN seperti Thailand.

“Perkara yang sama juga dialami oleh skuad B-23 negara meskipun kita boleh lihat mereka mahu membentuk DNA yang sama dengan melantik E. Elava­rasan selaku ketua jurulatih memandangkan statusnya selaku pembantu kepada Pan-gon.

“Cuma, keputusan yang diraih juga tidak begitu positif dan saya harap barisan teknikal yang ada dalam FAM meneliti semula perkara ini.

“Pan-gon telah melakukan tugas dengan baik tetapi kita tidak mahu sekadar berbangga dengan skuad senior sahaja dan pembangunan peringkat belia cukup penting untuk masa depan,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo!.

Skuad Harimau Malaya kini berjaya menduduki ranking ke-136 dunia, manakala skuad B-23 akan mengalihkan tumpuan untuk mengharungi saingan Piala AFF B-23 pada Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI