fbpx

Seorang maut, dua cedera van rempuh lori kurier terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van dan lori kurier yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 375.4, LPT 2 berhampiran Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang lelaki maut, manakala dua rakannya parah selepas van dinaiki melanggar lori kurier terbalik di Kilometer 375.4, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 6.20 pagi itu, mangsa, Hee Kok Kiang, 50, dari Masai, Johor meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Rakan mangsa berusia 42 tahun cedera pada tangan, manakala pemandu van yang merupakan lelaki warga Bangladesh patah kedua-dua kakinya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, sebuah lori membawa muatan barangan kurier hilang kawalan lalu terbalik merentangi lebuh raya.

“Lori itu dikatakan dalam perjalanan membawa muatan ke Kuala Terengganu dari Batu Pahat, Johor. Van jenis Toyota Hiace dinaiki mangsa bersama dua rakan dalam perjalanan ke Kelantan gagal mengelak lalu merempuh lori terbabit.

“Si mati yang berada di tempat duduk penumpang belakang meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu lori kurier cedera di dahi dan pinggang.,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI